Feeds:
Posts
Comments

Format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Instrumen Contoh

 

Akademik_Format_Instrumen_PT3

Instrumen contoh PT3 B. Arab

Instrumen contoh PT3 B. Melayu

Instrumen contoh PT3 B. Cina

Instrumen contoh PT3 B. Inggeris

Sekali lagi Jabatan Bahasa Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Alor Setar Kedah telah berjaya menganjurkan Karnival Bahasa Kali Kedua pada tahun 2014. Kali pertama Karnival Bahasa dianjurkan pada tahun 2012. Karnival Bahasa tahun ini bermula pada 9 Februari 2014 hinggalah 8 Mac 2014. Manakala Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah diadakan pada 16 Mac 2014 yang lalu.

Berbanding dengan tahun sebelum, Karnival Bahasa pada tahun ini  telah melibatkan 41 jenis aktiviti . 25 aktiviti berbentuk penulisan dengan menampilkan 2,879 penyertaan dan 16 aktiviti berbentuk pementasan melibatkan 182 penyertaan . Pun pada tahun ini, Jabatan Bahasa telah berkolaborasi bersama Pusat Sumber Sekolah, khususnya dalam aktiviti Program NILAM.

SENARAI AKTIVITI 

Penulisan

Bil

Aktiviti

Panitia

1 Mengarang Esei – Menengah Rendah B. Melayu
2 Mengarang Esei – MenengahAtas B. Melayu
3 MengarangCerpen – MenengahAtas B. Melayu
4 MenghasilkanSajak– MenengahAtas B. Melayu
5 TekaSilang Kata – MenengahRendah B. Melayu
6 PenghasilanBukuSkrap B. Melayu
 7 Kuiz – (PerkataanTersembunyi) MenengahRendah B. Melayu
8 Essay Competition B. Inggeris
9 Quiz(Form4) B. Inggeris
10 Quiz(form5) B. Inggeris
11 Crossword Puzzle B. Inggeris
12 Crossword Puzzle B. Inggeris
13 Bahsu Al-Asy Il Makhbuah (Mencari Benda Tersembunyi) B. Arab
14 MengumpulPerkataanTerbanyak B. Arab
15 PertandinganTulisanTercantik B. Arab
16 PertandinganMenulisKhat B. Arab
17 MenulisInsyak (Karangan) B. Arab
18 MenulisKaligrafiCina B. Cina
19 Tulisan Pen B. Cina
20 MengarangEsei – MenengahRendah B. Cina
21 MengarangEsei – MenengahAtas B. Cina
22 Kuiz Ming Ju Jing Hua – MenengahAtas B. Cina
23 PenulisanKreatif – SajakCina B. Cina
24 Silangkata – SimpulanBahasaCina B. Cina
25 Shahiba PSS

Pementasan

 

Bil

Aktiviti

Panitia

26 Pidato – MenengahAtas B. Melayu
27 PertandinganBercerita B. Melayu
28 DeklamasiSajak – MenengahAtas B. Melayu
29 DeklamasiSajak – MenengahRendah B. Melayu
30 KuizBahasa – MenengahAtas B. Melayu
31 Poetry Reading – Berkumpulan – 3 Orang B. Inggeris
32 Poetry Reading B. Inggeris
33 Public Speaking  (ting.4) B. Inggeris
34 Public Speaking B. Inggeris
35  English On Air B. Inggeris
36 Al-Hiwar B. Arab
37 KalimahSobah B. Arab
38 SardulQissah B. Arab
39 KalamArabiy B. Arab
40 Syair Arab B. Arab
41 Syarahan  –  MenengahRendah B. Cina

 ALBUM AKTIVITI

MAJLIS PELANCARAN KARNIVAL BAHASA II – 9 FEBRUARI 2014 (AHAD); DATARAN STAR

DSC_0169

DSC_0185

Upacara Perasmian Karnival Bahasa 2, disempurnakan oleh Tn. Hj. Turin b. Ahmad; Pengetua STAR.

DSC_0194DSC_0191DSC_0201 DSC_0227 DSC_0217 DSC_0213 DSC_0210DSC_0205

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL BAHASA II – 16 MAC 2014 (AHAD); DEWAN PERDANA STAR

DSC_0166

 

DSC_0177

Tn. Hj. Ahmad b. Md Isa, Guru Kanan Bahasa STAR menyampaikan ucapan dalam Perasmian Penutup Karnival Bahasa 2.

DSC_0165

DSC_0185DSC_0181 DSC_0186 DSC_0191DSC_0281 DSC_0280 DSC_0279 DSC_0278 DSC_0277 DSC_0276 DSC_0275 DSC_0274 DSC_0273 DSC_0272 DSC_0271 DSC_0270 DSC_0269 DSC_0268 DSC_0267 DSC_0266 DSC_0265 DSC_0264 DSC_0263 DSC_0262 DSC_0261 DSC_0260 DSC_0259 DSC_0258 DSC_0257 DSC_0256 DSC_0255 DSC_0254 DSC_0253 DSC_0252 DSC_0250 DSC_0249 DSC_0248 DSC_0247 DSC_0246 DSC_0245 DSC_0244 DSC_0243 DSC_0242 DSC_0241 DSC_0240 DSC_0239 DSC_0238 DSC_0237 DSC_0236 DSC_0235 DSC_0234 DSC_0233 DSC_0232 DSC_0231 DSC_0230 DSC_0229 DSC_0228 DSC_0227 DSC_0226 DSC_0225 DSC_0224 DSC_0223 DSC_0221 DSC_0220 DSC_0219 DSC_0218 DSC_0217 DSC_0216 DSC_0215 DSC_0214 DSC_0213 DSC_0212 DSC_0211 DSC_0210 DSC_0209 DSC_0208 DSC_0207 DSC_0206 DSC_0205 DSC_0204 DSC_0203 DSC_0202 DSC_0201 DSC_0200 DSC_0199DSC_0292 DSC_0309

Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa adalah satu program yang telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk melibatkan PIBG dan  ibu bapa dalam program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sokongan dan penglibatan ibu bapa adalah penting dalam membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Ibu bapa boleh membantu pihak sekolah dengan menjadi ahli Kumpulan Sokongan Ibu Bapa ( KISB ). Menyahut aspirasi ini, Jabatan Bahasa Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Alor Setar telah menganjurkan Bengkel Penulisan Khat yang telah dikendalikan oleh waris pelajar sekolah ini. Beliau ialah Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ismail, bekas guru di Maktab Mahmud Alor Setar.

Bengkel yang diadakan pada hari Sabtu, 8 Februari 2014 , mulai jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang itu melibatkan 58 orang pelajar dari Tingkatan 1 Baiduri, 2 Baiduri dan 3 Baiduri.  Turut menyertai bengkel tersebut waris pelajar yang berminat dengan aktiviti  ini. Dalam bengkel ini, para pelajar didedahkan dengan Asas Penulisan Khat, Teknik Penulisan Khat dan Kreativiti Dalam Penulisan Khat. Bukan sekadar memberikan maklumat dalam bentuk teori tetapi juga melibatkan aktiviti secara praktikal dimana para peserta turut menghasilkan tulisan khat masing-masing.

Bagi mewujudkan komitment peserta dan melahirkan persaingan yang sihat antara pelajar, penghasilan tulisan khat yang dihasilkan itu akan dipertandingkan dalam Program Karnival Bahasa 2 yang akan dianjurkan oleh Jabatan Bahasa STAR kelak. Sesungguhnya matlamat penganjuran bengkel ini telah tercapai dengan begitu baik sekali. Selain dari kesungguhan peserta dan partisipasi pihak waris, Jabatan Bahasa juga diminta menganjurkan lagi program ini bagi kali kedua untuk meningkatkan lagi kemahiran peserta dalam penghasilan tulisan khat ini.

2014-02-08 10.10.44

Bengkel Penulisan Khat telah dibimbing oleh Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ismail

Salah seorang peserta bengkel yang begitu asyik menulis tulisan khat.

Salah seorang peserta bengkel yang begitu asyik menulis tulisan khat.

Sebahagian daripada peserta yang menyertai bengkel ini.

Sebahagian daripada peserta yang menyertai bengkel ini.

Pelajar perempuan juga menunjukkan komitment sepangjang bengkel tersebut.

Pelajar perempuan juga menunjukkan komitment sepanjang bengkel tersebut.

Antara sebahagian peserta perempuan yang mengambil bahagian.

Antara sebahagian peserta perempuan yang mengambil bahagian.

Lebih membanggakan.. waris pelajar juga turut mengambil bahagian dalam bengkel ini. Beliau adalah salah seorang waris yang hadir dan prihatin.

Lebih membanggakan.. waris pelajar juga turut mengambil bahagian dalam bengkel ini. Beliau adalah salah seorang waris yang hadir dan prihatin.

Bersandarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, melalui Gelombang 1 (2013 – 2015), Objektif utama ialah untuk mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama melalui menambah baik pengajaran di bilik darjah, meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah dan meningkatkan kecekapan guru Bahasa Inggeris.

Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara, setiap murid akan mempunyai 6 ciri utama yang diperlukan untuk berupaya bersaing dalam peringkat global, iaitu Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan kerohanian dan Indentiti Nasional. Bagi mencapai hasrat ini, antara sebelas anjakan utama untuk tranformasi sistem pendidikan ialah memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Ini menunjukkan bahawa aspek yang paling penting disini ialah aspek kemenjadian murid. Dalam konteks ini, kecemerlangan dan pencapaian murid masih relevan dan penting. Untuk itu, peperiksaan awam adalah pengukurnya. Pencapaian dan kecemerlangan murid dalam peperiksaan akan menentukan sejauh mana visi dan misi sekolah serta wawasan dan harapan ibu bapa terhadap anak-anak mereka dapat direalisasikan melalui pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan awam.

Berlandaskan kepada faktor inilah, maka Jabatan Bahasa SMK Tunku Abdul Rahman akan meneruskan usaha untuk meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan pelajar dalam semua mata pelajaran bahasa di peringkat PMR dan SPM tahun ini. Untuk itu, Program ” Bimbingan Kecemerlangan Akadamik Jabatan Bahasa Tahun 2013”  akan dilaksanakan demi mencapai hasrat dan tujuan di atas.

2.0 MATLAMAT

 Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan intensif kepada semua pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan PMR dan SPM, khususnya dalam mata pelajaran bahasa. Disamping untuk berinteraksi secara profesional dalam mengenalpasti masalah dan menyelesaikan masalah melalui perancangan dan memfokuskan kepada peningkatan kualiti pencapaian mereka dalam peperiksaan awam.

3.0 OBJEKTIF

 Di akhir program ini, para pelajar akan dapat :

3.1 Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap teknik menjawab soalan  peperiksaan bagi

subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Cina.

3.2 Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap format soalan dan teknik pemarkahan dalam soalan peperiksaan bagi subjek-subjek tersebut.

3.3 Membantu mendapatkan konsep dan inovasi pengajaran yang terkini melalui perkongsian pengalaman dan meningkatkan kemahiran mengajar guru bagi subjek berkenaan.

3.4 Mewujudkan keprihatinan guru dalam membimbing pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam dimana guru mengenalpasti kelemahan pelajar.

4.0 TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Tarikh :  Bermula 1 Julai 2013 hingga 1 November 2013

Tempat : Dewan Putra, Dewan Perdana, Bilik Darjah

Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 ptg.

* Mengikut Fasa tertentu

RANGKUMAN PERISTIWA

1. BAHASAINGGERIS PMR – 2 JULAI 2013 (SELASA); 2.30 – 4.30 ptg, DEWAN PUTRA, STAR

DSCN3003

Bimbingan Bahasa Inggeris PMR disampaikan oleh En. Azrul Hisham Azarnudin dan SMK Jabi

DSCN2996

Turut membantu, En Mohd Fairuz b. Mohd Zain;Guru mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan 3

DSCN2986

Seramai 79 orang pelajar Tingkatan Tiga yang mengikuti program ini

DSCN2997

Pelajar yang tekun mengikuti program

2. BAHASA MELAYU SPM – 3 JULAI 2013 (RABU); 2.30 – 4.30 ptg, DEWAN PUTRA, STAR

DSCN3012

Ceramah BM SPM disampaikan oleh En. Zainurin dari SM Sains Pokok Sena

DSCN3008

Sebahagian daripada pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti ceramah tersebut

DSCN3009

Pelajar begitu tekun mengikuti program

DSCN3010

Suasana sekitar ceramah berlangsung

3. BAHASA CINA PMR – 4 JULAI 2013 (KHAMIS); 3.00 – 5.00 ptg, DEWAN PUTRA, STAR

DSCN3023

ceramah Teknik Menjawab Bahasa Cina PMR disampaikan oleh En. Ooi Khir Leong dari SMK Convent.

DSCN3028

Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti ceramah tersebut

DSCN3033

Pelajar tekun mendengar ceramah

 4. BAHASA ARAB PMR – 19 JULAI 2013 (JUMAAT); 8.30 – 10.30 pg, DEWAN PUTRA, STAR

2013-07-19 10.54.55

Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR telah disampaikan oleh Ustazah Yusra bt. Mohd Nasir, guru dari SMK Muazzam Shah

2013-07-19 09.03.51

Sebahagian daripada pelajar Tingkatan 3 Baiduri yang mengikuti ceramah tersebut

2013-07-19 09.41.22

Tingkatan 3 Baiduri adalah kelas Aliran Agama yang mengambil Bahasa Arab

2013-07-19 09.41.38

28 Orang pelajar yang hadir.

 

 5. BAHASA INGGERIS SPM  – 31 JULAI 2013 (RABU); 2.30 – 4.30 ptg, DEWAN PUTRA, STAR

DSCN3097

Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Inggeris SPM disampaikan oleh Pn Noraini bt. Salleh, guru dari SMK Sintok

DSCN3099

Beliua merupakan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris

DSCN3101

Kehadiran pelajar dalam ceramah ini memberangsangkan

DSCN3102

Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti ceramah tersebut

 

Pengajaran dan pembelajaran berlaku bukan sekadar di dalam kelas sahaja. Begitu juga dengan corak pembelajaran yang bukan sekadar tertumpu dalam kelas atau kumpulan yang kecil sahaja. Pembelajaran secara berkumpulan sememangnya dikenali dan memberi impak yang besar, bukan sahaja dari segi kandungannya tetapi juga akan mewujudkan satu persaingan yang sihat antara pelajar.

Sehubungan dengan itu, sekali lagi Jabatan Bahasa Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan satu program akademik iaitu Bengkel Teknik Belajar Bahasa pada 25 Jun 2013 yang lalu. Cetusan idea ini terhasil oleh Tn. Hj. Ahmad b. Md Isa, Guru Kanan Bahasa setelah perancangan awal untuk menganjurkan Ceramah Menjawab Soalan untuk pelajar PMR dan SPM yang sepatutnya disampaikan oleh syarikat E – Bestari dari Pulau Pinang, tetapi tidak hadir dan memungkiri janji mereka. Sedangkan pihak sekolah telah pun membuat persiapannya.  Bagi mengisi kekosongan ruang yang ada, maka bengkel ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Pengisian bengkel ini dimulakan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh En. Saw Phuay Sim, Kaunselor Sekolah. Kemudian diikuti oleh ceramah yang disampaikan oleh Pn. Faridah bt. Desa, Guru Kanan Kemanusiaan berkaitan dengan Sejarah PMR. Seterusnya Tuan Pengetua STAR yang baru, Tn. Hj. Turin b. Ahmad telah memberikan motivasi dan nasihat kepada bakal calon yang akan menduduki peperiksaan SPM kelak.
Perjalanan bengkel seterusnya disempurnakan oleh Pn. Ruzaidah bt. Budin, Ketua Panitia Bahasa Melayu. Beliau membimbing bengkel Bahasa Melayu SPM dengan memberikan pengkhususan kepada aspek Rumusan. Akhir sekali, slot yang disampaikan oleh En. Abd Hadi b. Hashim, Guru Bahasa Melayu, memberikan tumpuan kepada aspek Tatabahasa SPM.

Sesungguhnya bengkel sehari ini telah memberikan banyak input dan manfaat kepada semua pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan awam tidak berapa lama lagi. Diharapkan bengkel seumpama ini akan menyuntik semangat baru kepada para pelajar untuk terus belajar dan mencapai kejayaan yang gemilang dalam peperiksaan nanti. Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung mahu pun secara tidak langsung. Buat para pelajar STAR, seperti mana  dalam ucapan Guru Kanan Bahasa pagi tadi, bahawa “Masa Tak Akan Berulang Lagi” haruslah dibuat renungan bersama.

RANGKUMAN PERISTIWA

Pn. Faridah bt. Desa menyampaikan ceramahnya

Sebahagian daripada peserta bengkel … Pelajar Tingkatan 3

Tuan Pengetua yang baru ke STAR, Tn. Hj. Turin b. Ahmad memberikan motivasi kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kelak.

Sebahagian catatan pelajar – Amanat Tuan Pengetua

Bengkel 3 – Bahasa Melayu – Rumusan; disampaikan oleh Pn. Ruzaidah Budin

Bedngkel Slot 4 – Bahasa Melayu SPM; Tatabahasa disapaikan oleh En. Abd Hadi Hashim

sebahagian daripada pelajar yang memberikan pandangan dalam bengkel tersebut.

Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti bengkel tersebut.

DSCN2971 DSCN2983

Pada hari Sabtu, 1 Februari 2013, yang lalu Jabatan Bahasa SMK Tunku Abdul Rahman (Panitia Bahasa Arab)  telah menjalankan Bengkel Bahasa Arab yang dihadiri oleh 70 orang pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 Baiduri, 2 Baiduri dan 3 Baiduri. Pelajar bagi ketiga-tiga kelas ini (Kelas Aliran Khas – Agama) mengambil Bahasa Arab dalam peperiksaan PMR.

Bengkel ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Ali Yusni b. Mansor, Guru Inovatif  Bahasa Arab, SK Haji Abu Bakar, Lepai. Beliau berkelulusan Universiti Al- Azhar, Mesir. Beliau banyak menghasilkan penulisan buku yang berkaitan dengan kaedah dan teknik mempelajari Bahasa Arab. Melalui bengkel ini, para pelajar didedahkan dengan teknik dan kaedah belajar Bahasa Arab dengan lebih berkesan, dari segi nahu mahupun pembentukan kata. Menggunakan buku Celik Bahasa Arab, sebuah buku asas tatabahasa arab dapat membimbing para pelajar memahami Bahasa Arab menggunakan “Penyusunan Ilmu Sorf” secara mudah, cepat dan berkesan. Terkandung di dalamnya kaedah–kaedah dan pergerakan-pergerakan asas yang menarik lagi menghiburkan.

TARBAWI

Bengkel sehari ini ternyata dapat memberi banyak manfaat kepada para pelajar serta mendapat respon yang baik dari peserta. Melalui soal selidik yang dibuat, rata-rata pelajar menyambut baik usaha Jabatan melaksanakan bengkel ini dan ianya akan diteruskan di masa hadapan. Bengkel seumpama ini pernah dilaksanakan pada tahun 2012 dan memberi impak yang positif khususnya terhadap peningkatan prestasi Bahasa Arab PMR 2012 yang mencapai 92.00%.

Selari dengan komitment dua orang guru Bahasa Arab di sekolah ini, iaitu Pn. Nor Roshidah Kadir Jelani dan Pn. Norihan Md Noor, diharapkan bengkel seumpama ini akan membantu mereka untuk membimbing para pelajar yang terbabit untuk memperoleh keputusan yang lebih cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Arab PMR tahun ini kelak.

IMG_1036          IMG_1039

 

IMG_1041          IMG_1043

Buat pertama kalinya, Jabatan Bahasa SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar telah berjaya melaksanakan KARNIVAL BAHASA 2012 yang bermula pada 1 Julai Hingga 31 Julai 2012. Karnival Bahasa ini melibatkan empat panitia mata pelajaran di bawah Jabatan Bahasa iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Arab dan Panitia Bahasa Cina.

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara menyeluruh kepada semua warga sekolah ini, khususnya pelajar tentang kesantunan, keindahan dan kemahiran berbahasa yang menjadi alat perhubungan antara pelbagai kaum serta memupuk semangat kecintaan terhadap bahasa bagi setiap kaum yang terbabit. Seterusnya, sebagai kesan langsung, para pelajar dapat mempertingkatkan kemahiran bahasa dan penguasaanya dalam peperiksaan awam kelak.

Objektif

1 : Memperkukuhkan penguasaan bahasa sehingga mampu meneroka kepelbagaian ilmu pengetahuan melalui bahasa tersebut.

2 : Memupuk minat terhadap keindahan berbahasa serta mewujudkan keperihatinan pelajar terhadap nilai-nilai estatika bahasa serta menghargainya.

3 : Memupuk minat dikalangan pelajar untuk mempelajari lebih daripada satu bahasa dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan bahasa dalam memperoleh ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu.

4:  Membantu dan  membimbing pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam, khususnya dalam subjek bahasa.

Aktiviti (Kategori Menengah Rendah & Menengah Atas)

1. Mengarang Esei – B. Melayu, B.Inggeris, B. Cina & B. Arab

2. Teka Silang Kata – B. Melayu, & B. Arab

3. NIE – STAR

4. Menulis Khat –  B. Arab

5. Kaligrafi Cina

6. Tulisan Pen Cina

7. Mereka Cipta Kad Perayaan Pesta Tanglung

8. Shahiba

9. Scrabble

10. Resensi Buku

11. Pidato

12. Public Speaking

13. Deklamasi Sajak

14. Deklamasi Sajak Sufi – B. Arab

15. Poetry Reading

16. Kuiz & Kuiz Tatabahasa dan Ming Ju Jing Hua

17. Spelt It Right (Spelling Bee)

18. Hiwar

19. Kalimah Sobah

20. Sardul Qissah

Jawatankuasa Induk

Penasihat                     :                                            ( Pengetua )

Pengerusi                     :  Pn. Ramlah bt. Ishak ( PK Pentadbiran )

Naib  Pengerusi           :  En. Mohd Fisol b. Salleh  ( PK Hal Ehwal Murid )

Naib  Pengerusi           :  En. Azizan b. Abd Kadir ( PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi            :  Pn. Rohani bt. Md Nor ( PK Tingkatan 6)

Penyelaras                   :   Ahmad b. Md Isa  (Guru Kanan Bahasa)

Setiausaha                   :  Pn.Ruzaidah bt. Budin (K.P. B. Melayu)

Naib Setiausaha          :  Pn.Zuraida bt. Md Saad (K.P B. Inggeris)

AJK                             :

Pn. Nor Roshidah bt. Abdul Kadir Jelani (K.P B. Arab)

Cik Tiew Siuw Ling  (K.P.B. Cina)

Pn. Mashitah bt. Awang  (Guru Perpustakaan & Media)

Semua Guru Bahasa

Pelaksanaan Program

Pelaksanaan program dibahagikan kepada dua fasa iaitu melalui penyertaan secara tertutup (Penulisan & Lisan) dan secara terbuka (Pementasan). Pertandingan-pertandingan secara terbuka dilaksanakan pada setiap hari Selasa iaitu waktu Kokurikulum, bermula jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Sambutan dan penyertaan pelajar amatmenggalakkan. Sebanyak 139 hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama hingga tempat ketiga. Semua hadiah disumbangkan oleh PIBG.

Penutup

Sesungguhnya program ini memberikan impak yang besar melalui penyertaan dan sambutan pelajar STAR. Begitu juga komitment para guru khususnya semua guru bahasa dalam menjayakan program ini. Tidak ketinggalan para AJK PIBG yang menerima dan meluluskan cadangan Tn. Hj. Ahmad b. Md Isa, Guru  Kanan Bahasa semasa membentangkan cadangan ini dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG Kali Pertama Tahun 2012 ( 6 Mei 2012) yang lalu.  Semoga program seumpama ini akan dilaksanakan lagi pada  masa hadapan.

RANGKUMAN PERISTIWA – KARNIVAL BAHASA 2012

Pn. Nor 'Aini bt. Shamsudin (Guru Cemerlang Bahasa) mengacarakan Majlis Perasmian Karnival Bahasa 2012

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.