Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Pengurusan Panitia’ Category

Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa adalah satu program yang telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk melibatkan PIBG dan  ibu bapa dalam program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sokongan dan penglibatan ibu bapa adalah penting dalam membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Ibu bapa boleh membantu pihak sekolah dengan menjadi ahli Kumpulan Sokongan Ibu Bapa ( KISB ). Menyahut aspirasi ini, Jabatan Bahasa Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Alor Setar telah menganjurkan Bengkel Penulisan Khat yang telah dikendalikan oleh waris pelajar sekolah ini. Beliau ialah Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ismail, bekas guru di Maktab Mahmud Alor Setar.

Bengkel yang diadakan pada hari Sabtu, 8 Februari 2014 , mulai jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang itu melibatkan 58 orang pelajar dari Tingkatan 1 Baiduri, 2 Baiduri dan 3 Baiduri.  Turut menyertai bengkel tersebut waris pelajar yang berminat dengan aktiviti  ini. Dalam bengkel ini, para pelajar didedahkan dengan Asas Penulisan Khat, Teknik Penulisan Khat dan Kreativiti Dalam Penulisan Khat. Bukan sekadar memberikan maklumat dalam bentuk teori tetapi juga melibatkan aktiviti secara praktikal dimana para peserta turut menghasilkan tulisan khat masing-masing.

Bagi mewujudkan komitment peserta dan melahirkan persaingan yang sihat antara pelajar, penghasilan tulisan khat yang dihasilkan itu akan dipertandingkan dalam Program Karnival Bahasa 2 yang akan dianjurkan oleh Jabatan Bahasa STAR kelak. Sesungguhnya matlamat penganjuran bengkel ini telah tercapai dengan begitu baik sekali. Selain dari kesungguhan peserta dan partisipasi pihak waris, Jabatan Bahasa juga diminta menganjurkan lagi program ini bagi kali kedua untuk meningkatkan lagi kemahiran peserta dalam penghasilan tulisan khat ini.

2014-02-08 10.10.44

Bengkel Penulisan Khat telah dibimbing oleh Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ismail

Salah seorang peserta bengkel yang begitu asyik menulis tulisan khat.

Salah seorang peserta bengkel yang begitu asyik menulis tulisan khat.

Sebahagian daripada peserta yang menyertai bengkel ini.

Sebahagian daripada peserta yang menyertai bengkel ini.

Pelajar perempuan juga menunjukkan komitment sepangjang bengkel tersebut.

Pelajar perempuan juga menunjukkan komitment sepanjang bengkel tersebut.

Antara sebahagian peserta perempuan yang mengambil bahagian.

Antara sebahagian peserta perempuan yang mengambil bahagian.

Lebih membanggakan.. waris pelajar juga turut mengambil bahagian dalam bengkel ini. Beliau adalah salah seorang waris yang hadir dan prihatin.

Lebih membanggakan.. waris pelajar juga turut mengambil bahagian dalam bengkel ini. Beliau adalah salah seorang waris yang hadir dan prihatin.

Read Full Post »

Bersandarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, melalui Gelombang 1 (2013 – 2015), Objektif utama ialah untuk mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama melalui menambah baik pengajaran di bilik darjah, meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah dan meningkatkan kecekapan guru Bahasa Inggeris.

Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara, setiap murid akan mempunyai 6 ciri utama yang diperlukan untuk berupaya bersaing dalam peringkat global, iaitu Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan kerohanian dan Indentiti Nasional. Bagi mencapai hasrat ini, antara sebelas anjakan utama untuk tranformasi sistem pendidikan ialah memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Ini menunjukkan bahawa aspek yang paling penting disini ialah aspek kemenjadian murid. Dalam konteks ini, kecemerlangan dan pencapaian murid masih relevan dan penting. Untuk itu, peperiksaan awam adalah pengukurnya. Pencapaian dan kecemerlangan murid dalam peperiksaan akan menentukan sejauh mana visi dan misi sekolah serta wawasan dan harapan ibu bapa terhadap anak-anak mereka dapat direalisasikan melalui pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan awam.

Berlandaskan kepada faktor inilah, maka Jabatan Bahasa SMK Tunku Abdul Rahman akan meneruskan usaha untuk meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan pelajar dalam semua mata pelajaran bahasa di peringkat PMR dan SPM tahun ini. Untuk itu, Program ” Bimbingan Kecemerlangan Akadamik Jabatan Bahasa Tahun 2013”  akan dilaksanakan demi mencapai hasrat dan tujuan di atas.

2.0 MATLAMAT

 Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan intensif kepada semua pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan PMR dan SPM, khususnya dalam mata pelajaran bahasa. Disamping untuk berinteraksi secara profesional dalam mengenalpasti masalah dan menyelesaikan masalah melalui perancangan dan memfokuskan kepada peningkatan kualiti pencapaian mereka dalam peperiksaan awam.

3.0 OBJEKTIF

 Di akhir program ini, para pelajar akan dapat :

3.1 Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap teknik menjawab soalan  peperiksaan bagi

subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Cina.

3.2 Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap format soalan dan teknik pemarkahan dalam soalan peperiksaan bagi subjek-subjek tersebut.

3.3 Membantu mendapatkan konsep dan inovasi pengajaran yang terkini melalui perkongsian pengalaman dan meningkatkan kemahiran mengajar guru bagi subjek berkenaan.

3.4 Mewujudkan keprihatinan guru dalam membimbing pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam dimana guru mengenalpasti kelemahan pelajar.

4.0 TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Tarikh :  Bermula 1 Julai 2013 hingga 1 November 2013

Tempat : Dewan Putra, Dewan Perdana, Bilik Darjah

Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 ptg.

* Mengikut Fasa tertentu

RANGKUMAN PERISTIWA

1. BAHASAINGGERIS PMR – 2 JULAI 2013 (SELASA); 2.30 – 4.30 ptg, DEWAN PUTRA, STAR

DSCN3003

Bimbingan Bahasa Inggeris PMR disampaikan oleh En. Azrul Hisham Azarnudin dan SMK Jabi

DSCN2996

Turut membantu, En Mohd Fairuz b. Mohd Zain;Guru mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan 3

DSCN2986

Seramai 79 orang pelajar Tingkatan Tiga yang mengikuti program ini

DSCN2997

Pelajar yang tekun mengikuti program

2. BAHASA MELAYU SPM – 3 JULAI 2013 (RABU); 2.30 – 4.30 ptg, DEWAN PUTRA, STAR

DSCN3012

Ceramah BM SPM disampaikan oleh En. Zainurin dari SM Sains Pokok Sena

DSCN3008

Sebahagian daripada pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti ceramah tersebut

DSCN3009

Pelajar begitu tekun mengikuti program

DSCN3010

Suasana sekitar ceramah berlangsung

3. BAHASA CINA PMR – 4 JULAI 2013 (KHAMIS); 3.00 – 5.00 ptg, DEWAN PUTRA, STAR

DSCN3023

ceramah Teknik Menjawab Bahasa Cina PMR disampaikan oleh En. Ooi Khir Leong dari SMK Convent.

DSCN3028

Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti ceramah tersebut

DSCN3033

Pelajar tekun mendengar ceramah

 4. BAHASA ARAB PMR – 19 JULAI 2013 (JUMAAT); 8.30 – 10.30 pg, DEWAN PUTRA, STAR

2013-07-19 10.54.55

Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR telah disampaikan oleh Ustazah Yusra bt. Mohd Nasir, guru dari SMK Muazzam Shah

2013-07-19 09.03.51

Sebahagian daripada pelajar Tingkatan 3 Baiduri yang mengikuti ceramah tersebut

2013-07-19 09.41.22

Tingkatan 3 Baiduri adalah kelas Aliran Agama yang mengambil Bahasa Arab

2013-07-19 09.41.38

28 Orang pelajar yang hadir.

 

 5. BAHASA INGGERIS SPM  – 31 JULAI 2013 (RABU); 2.30 – 4.30 ptg, DEWAN PUTRA, STAR

DSCN3097

Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Inggeris SPM disampaikan oleh Pn Noraini bt. Salleh, guru dari SMK Sintok

DSCN3099

Beliua merupakan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris

DSCN3101

Kehadiran pelajar dalam ceramah ini memberangsangkan

DSCN3102

Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti ceramah tersebut

 

Read Full Post »

Buat pertama kalinya, Jabatan Bahasa SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar telah berjaya melaksanakan KARNIVAL BAHASA 2012 yang bermula pada 1 Julai Hingga 31 Julai 2012. Karnival Bahasa ini melibatkan empat panitia mata pelajaran di bawah Jabatan Bahasa iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Arab dan Panitia Bahasa Cina.

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara menyeluruh kepada semua warga sekolah ini, khususnya pelajar tentang kesantunan, keindahan dan kemahiran berbahasa yang menjadi alat perhubungan antara pelbagai kaum serta memupuk semangat kecintaan terhadap bahasa bagi setiap kaum yang terbabit. Seterusnya, sebagai kesan langsung, para pelajar dapat mempertingkatkan kemahiran bahasa dan penguasaanya dalam peperiksaan awam kelak.

Objektif

1 : Memperkukuhkan penguasaan bahasa sehingga mampu meneroka kepelbagaian ilmu pengetahuan melalui bahasa tersebut.

2 : Memupuk minat terhadap keindahan berbahasa serta mewujudkan keperihatinan pelajar terhadap nilai-nilai estatika bahasa serta menghargainya.

3 : Memupuk minat dikalangan pelajar untuk mempelajari lebih daripada satu bahasa dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan bahasa dalam memperoleh ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu.

4:  Membantu dan  membimbing pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam, khususnya dalam subjek bahasa.

Aktiviti (Kategori Menengah Rendah & Menengah Atas)

1. Mengarang Esei – B. Melayu, B.Inggeris, B. Cina & B. Arab

2. Teka Silang Kata – B. Melayu, & B. Arab

3. NIE – STAR

4. Menulis Khat –  B. Arab

5. Kaligrafi Cina

6. Tulisan Pen Cina

7. Mereka Cipta Kad Perayaan Pesta Tanglung

8. Shahiba

9. Scrabble

10. Resensi Buku

11. Pidato

12. Public Speaking

13. Deklamasi Sajak

14. Deklamasi Sajak Sufi – B. Arab

15. Poetry Reading

16. Kuiz & Kuiz Tatabahasa dan Ming Ju Jing Hua

17. Spelt It Right (Spelling Bee)

18. Hiwar

19. Kalimah Sobah

20. Sardul Qissah

Jawatankuasa Induk

Penasihat                     :                                            ( Pengetua )

Pengerusi                     :  Pn. Ramlah bt. Ishak ( PK Pentadbiran )

Naib  Pengerusi           :  En. Mohd Fisol b. Salleh  ( PK Hal Ehwal Murid )

Naib  Pengerusi           :  En. Azizan b. Abd Kadir ( PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi            :  Pn. Rohani bt. Md Nor ( PK Tingkatan 6)

Penyelaras                   :   Ahmad b. Md Isa  (Guru Kanan Bahasa)

Setiausaha                   :  Pn.Ruzaidah bt. Budin (K.P. B. Melayu)

Naib Setiausaha          :  Pn.Zuraida bt. Md Saad (K.P B. Inggeris)

AJK                             :

Pn. Nor Roshidah bt. Abdul Kadir Jelani (K.P B. Arab)

Cik Tiew Siuw Ling  (K.P.B. Cina)

Pn. Mashitah bt. Awang  (Guru Perpustakaan & Media)

Semua Guru Bahasa

Pelaksanaan Program

Pelaksanaan program dibahagikan kepada dua fasa iaitu melalui penyertaan secara tertutup (Penulisan & Lisan) dan secara terbuka (Pementasan). Pertandingan-pertandingan secara terbuka dilaksanakan pada setiap hari Selasa iaitu waktu Kokurikulum, bermula jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Sambutan dan penyertaan pelajar amatmenggalakkan. Sebanyak 139 hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama hingga tempat ketiga. Semua hadiah disumbangkan oleh PIBG.

Penutup

Sesungguhnya program ini memberikan impak yang besar melalui penyertaan dan sambutan pelajar STAR. Begitu juga komitment para guru khususnya semua guru bahasa dalam menjayakan program ini. Tidak ketinggalan para AJK PIBG yang menerima dan meluluskan cadangan Tn. Hj. Ahmad b. Md Isa, Guru  Kanan Bahasa semasa membentangkan cadangan ini dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG Kali Pertama Tahun 2012 ( 6 Mei 2012) yang lalu.  Semoga program seumpama ini akan dilaksanakan lagi pada  masa hadapan.

RANGKUMAN PERISTIWA – KARNIVAL BAHASA 2012

Pn. Nor 'Aini bt. Shamsudin (Guru Cemerlang Bahasa) mengacarakan Majlis Perasmian Karnival Bahasa 2012

Read Full Post »

SMK Tunku Abdul Rahman Alor Setar (STAR) adalah antara 4 buah sekolah di negeri Kedah yang dipilih oleh stesyen TV swasta, ASTRO untuk pengambaran rancangan “Oh My English”, salah satu rancangan   popular di saluran 610, TVIQ.  Selain STAR, sekolah yang terlibat ialah SMK Kepala Batas, SMK Sharifah Rodziah dan SMK Tunku Laksamana.

Program anjuran bersama dengan Jabatan Bahasa STAR ini berlangsung selama sehari ini iaitu pada 19 Jun 2012, melibatkan 103 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2. Di kendalikan oleh 6 orang fasilitator dan 4 orang krew. Program ini dilaksanakan di dalam 6 buah bilik darjah dan Dewan Perdana. Antara Aktiviti yang dilaksanakan ialah Drama dalam Bahasa Inggeris, Permainan Bahasa dan simulasi. Penglibatan aktif pelajar dalam semua aktiviti yang dijalankan mengambarkan kemampuan pelajar STAR untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dibawah kelolaan 6 orang fasilitator. Tugasan akhir peserta ialah mementaskan drama pendek yang menggunakan skrip dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Pelbagai ragam dan reaksi pelajar semasa pementasan ini. Program ini ternyata dapat mencungkil bakat pelajar dan menarik minat mereka untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tingkatan 1 Baiduri, telah menjadi  pemenang dalam pementasan drama tersebut. Tema pementasan mereka ialah tentang tentang persekitaran mereka di dalam kelas.

Sesungguhnya program ini memberikan impak yang positif terhadap PnP Bahasa Inggeris di sekolah ini. Diharapkan ia akan menjadi landasan kukuh terhadap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sekolah ini dimasa depan.

RANGKUMAN PERISTIWA

Oh My English Saluran 610, TVIQ – Astro

Antara pelajar yang terlibat dalam aktiviti di bilik darjah.

Para fasilitator menunjukkan aksi sebelum pementasan drama pendek oleh para pelajar pada hari tersebut

Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti program tersebut

Fasilitator program bergambar bersama guru-guru yang terlibat.
Dari kanan ke kiri, Pn. Zuraida Md Saad, Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Tn. Hj. Ahmad b. Md Isa, Guru Kanan Bahasa, dan Pn. Teh Bee Kiat, Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris.
Turut serta, Pn. Wan Azimah Wan Mahmud, Guru Kanan Sains dan Matematik dan Pn. Mashitoh Hussain, Guru Kanan Teknik dan Vokasional.

Tn. Hj. Ahmad b. Md Isa, Guru Kanan Bahasa menerima cenderahati daripada En. Shafiq, dari Rythmn Production, penyelaras program ini.

Read Full Post »

Sekali lagi Jabatan Bahasa SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar telah berjaya menganjurkan Kursus Dalaman (LDP) khas untuk semua Ketua Panitia dan Setiausaha Panitia. Kursus yang dilaksanakan pada 19 Mei 2012 (Sabtu) ini bertujuan untuk memantapkan lagi pentadbiran dan pelaksanaan panitia mata pelajaran di sekolah ini.

Kursus ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta. Bermula jam 8.30 pagi, para peserta telah mengikuti pembentangan oleh Pn. Ramlah Ishak, Penolong Kanan Pentadbiran mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Seterusnya pembentangan oleh Pn. Ruzaidah bt. Budin, Ketua Panitia Bahasa Melayu yang telah mengikuti kursus Pengurusan Panitia di Institut Aminuddin Baki cawangan Utara. Akhir sekali pembentangan oleh Tn. Hj. Ahmad b. Md Isa, Guru Kanan Bahasa mengenai Sistem Fail Panitia.

Sesungguhnya kursus ini telah mencapai objektifnya. Pihak Jabatan Bahasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembentang dan para peserta yang turut menjayakan program ini. Pihak Jabatan Bahasa juga akan terus melaksanakan program seumpama ini dimasa akan datang demi kebaikan semua warga pendidik STAR khususnya dan malaysia umumnya.

Berikut adalah beberapa bahan pembentangan dan bahan rujukan untuk makluman kita bersama.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4 / 1986 – Pengurusan Panitia

Peranan dan Fungsi Panitia

Pengurusan Mesyuarat

minit mesyuarat

Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah

Pengurusan Fail Panitia

Fail Meja Ketua Panitia

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran 2012

Senarai Semak Pengurusan Fail Panitia Mata Pelajaran Jabatan Bahasa 2012

Senarai Semak Pengurusan Fail PBS Jabatan Bahasa 2012

Borang Indeks Files Jabatan Bahasa 2012

Read Full Post »

Pada 25 Februari 2012 yang lalu, Jabatan Bahasa SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar Kedah telah berjaya melaksanakan program yang julung kali diadakan di sekolah ini iaitu “Bimbingan Profesionalisme Guru Bahasa”. Program ini melibatkan semua guru bahasa di sekolah ini. Bertempat di Dewan Putra, program ini dihadiri oleh 25 orang guru bermula jam 8.30 pg hingga 2.00 ptg.

Berikut adalah maklumat program berkenaan untuk maklumat bersama.

PENDAHULUAN

Dalam era pembangunan moden kini, sistem pendidikan merupakan sesuatu yang kompleks dan amat mencabar. Tambahan pula dengan kemajuan penggunaan komputer dan internet yang pesat dalam pendidikan menyebabkan ia memerlukan kemahiran yang tinggi dalam sistem penyampaian maklumat kepada pelajar secara khususnya.

Peranan guru sekali lagi telah berubah dan semakin mencabar. Era globalisasi memerlukan komitmen yang tinggi supaya dasar dan aspirasi pendidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan. Sehubungan dengan itu, ”Budaya Kerja Berprestasi Tinggi” akan diwujudkan oleh Jabatan Bahasa pada tahun 2012 dengan menjadikan program ini sebagai landasannya.

MATLAMAT

 Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada semua guru bahasa berinteraksi secara profesional dalam mengenalpasti masalah dan menyelesaikan masalah melalui perancangan yang teliti bagi meningkatkan kualiti budaya kerja berpasukan dengan memfokuskan aspek pengajaran di bilik darjah.

OBJEKTIF

1 : Memahami konsep dan inovasi pengajaran yang terkini serta mampu membuat pengubahsuaian kendiri dalam kaedah penyampaian pengajaran di bilik darjah.

2 : Memperoleh format pemeriksaan berpiawaian mengikut format peperiksaan sebenar bagi semua aktiviti bertulis pelajar.

3 : Mewujudkan keprihatinan guru dalam membimbing pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam.


JADUAL PROGRAM

8.30 pg9.00 pg – 9.15 pg 

Pendaftaran peserta & Taklimat Program

9.15 pg – 10.15 pg  

Sesi 1 : Integrasi Resos Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah (En. Ahmad b. Md Isa)

10.30 pg – 11.30 pg

Sesi 2 :  Bengkel Pemeriksaan Bahasa Melayu PMR (Pn. Hazlinna bt. Abd Rauf)

Sesi 2 : Bengkel Pemeriksaan Bahasa Inggeris  PMR (Pn. Zuraida bt. Md Saad)

11.30 pg – 12.30 pg 

Sesi 3 : Bengkel Pemeriksaan Bahasa Melayu  Kertas 1, SPM (En. Abd Kadir b. Jusoh)

Sesi 3 : Bengkel Pemeriksaan Bahasa Inggeris Kertas 1, SPM (Pn. Zuraida bt. Md Saad)

12.30 – 1.30ptg     

Sesi 4 : Bengkel Pemeriksaan Bahasa Melayu  Kertas 2, SPM (Pn. Nor A`ini bt. Shamsudin)

Sesi 4 : Bengkel Pemeriksaan Bahasa Inggeris Kertas 2, SPM (Pn. Teh Bee Kiat)

JAWATANKUASA

Penasihat                     :           Tuan Haji Jamil Bin Ibrahim (Pengetua SMKTAR)

Pengerusi                     :           Pn. Ramlah bt. Ishak  (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi            :           En.Ahmad b. Md Isa  (GK Bahasa)

Penyelaras                   :           En. Law Yong Hoe   (Penyelaras LDP)

Setiausaha I                 :           Pn. Ruzaidah bt. Budin    (KP Bahasa Melayu)

Setiausaha II               :           Pn. Zuraida bt. Md Saad    (KP Bahasa Inggeris)

PENUTUP

Usaha untuk mempertingkatkan prestasi dan pencapaian pelajar ke arah kecemerlangan akademik adalah menjadi tanggungjawab semua guru dan memerlukan komitment yang menyeluruh. Kesediaan dan inovasi dalam pengajaran & pembelajaran perlu dimulakan sejak awal tahun lagi supaya dapat diaplikasikan di bilik darjah secara holistik.

Melalui program seumpama ini telah dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk menerima dan menyampaikan maklumat kepada setiap rakan sejawat terhadap inovasi dan perkembangan pengajaran & pembelajaran yang lebih berkesan dan memberi manfaat kepada semua pihak khususnya terhadap pelajar dalam peperiksaan awam kelak.

BAHAN PEMBENTANGAN

Intergrasi Resos Pendidikan dalam Bilik Darjah

RANGKUMAN PERISTIWA

Read Full Post »

Berikut adalah koleksi soalan peperiksaan percubaan dan peperiksaan awam yang sempat dikumpulkan. Sekiranya anda ingin menyumbangkan link atau soalan yang tidak disenaraikan di sini, sila emailkan ke jabatanbahasastar2011@gmail.com.

SOALAN PEPERIKSAAN PRA-PMR DAN PRA-SPM 2012 (Updated : 4 September 2012)

PEPERIKSAAN PRA-PMR 2012

BAHASA MELAYU

TRIAL_PMR_2012_TRG__BM1

TRIAL_PMR_2012_TRG__BM2

SKEMA__TRIAL_PMR_2012_TRG__BM2

BMK1PPMRKELT2012

bm k2 ppmr kel 2012

SBP BM_Kertas 1

SBP BM_Kertas 2

PMR trial 2012 SBP BM SKEMA

 

BAHASA INGGERIS

TRIAL_PMR_2012_TRG__BI_K1

TRIAL_PMR_2012_TRG__BI_K2

BI-K2-SKEMA

BI K1 PPMR KEL 2012

BI K2 PPMR KEL 2012

SBP BI_Kertas 1

SBP BI_Kertas 2

BAHASA ARAB

Soalan percubaan BA PMR 2012 Perak

Skima jawapan_Perak

Soalan Trial KL 2012

Skema Trial KL 2012

2361 BAT_Kertas 1

2361 BAT_Kertas 2

5227 PQS_Kertas 1

5228 PSI_Kertas 1

5228 PSI_Kertas 2

Percubaan PMR Penang 2012

trial_ba_pmr_2012_sbp

trial_ba_pmr_2012_selangor

trial_ba_pmr_2012_trg

SBP BAK_Kertas 1

SOALAN PEPERIKSAAN PRA-PMR DAN PRA-SPM 2010

PEPERIKSAAN PRA-PMR 2010

BAHASA MELAYU

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Melayu [Kedah]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Melayu [Terengganu]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Melayu [MRSM - K1]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Melayu [MRSM-K2]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Melayu [Johor - K1]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Melayu [Pahang - K1]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Melayu [SBP]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Melayu [Perlis]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Melayu [Penang]

Peperiksaan Percubaan PMR 2010, Bahasa Melayu [Terengganu]

Peperiksaan Percubaan PMR 2010, Bahasa Melayu [Terengganu - K2]

BAHASA INGGERIS

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Inggeris [SBP -K1]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Inggeris [MRSM - K2]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Inggeris [Kedah]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Inggeris [Terengganu]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Inggeris [SBP]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Inggeris [Kelantan]

Peperiksaan Percubaan SPM 2010, Bahasa Inggeris [Penang]

SOALAN PEPERIKSAAN PRA-PMR DAN PRA-SPM 2011

PEPERIKSAAN PRA-PMR 2011

BAHASA MELAYU

Peperiksaan Pra-PMR Bahasa Melayu Kertas 1

Peperiksaan Pra-PMR Bahasa Melayu Kertas 2

Skema Peperiksaan Pra-PMR Bahasa

BAHASA INGGERIS

Peperiksaan Pra-PMR Bahasa Inggeris Kertas 1

Peperiksaan Pra-PMR Bahasa Inggeris Kertas 2

Mark Scheme – Peperiksaan Pra-PMR Bahasa Inggeris

PEPERIKSAAN PRA-SPM 2011

BAHASA MELAYU

Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Melayu Kertas 1

Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Melayu Kertas 2

Skema Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Melayu Kertas 1

Skema Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Melayu Kertas 2

Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Melayu Kertas 1 = Sekolah Berasrama Penuh

Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Melayu Kertas 2 = Sekolah Berasrama Penuh

Skema Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Melayu Kertas 1 = Sekolah Berasrama Penuh

Skema Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Melayu Kertas 2 = Sekolah Berasrama Penuh

BAHASA INGGERIS

Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Inggeris Kertas 1

Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Inggeris Kertas 2

Mark Scheme Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Inggeris

Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Inggeris Kertas 1 = Sekolah Berasrama Penuh.doc

Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Inggeris Kertas 2 = Sekolah Berasrama Penuh

Mark Scheme; Peperiksaan Pra-SPM Bahasa Inggeris Kertas = Sekolah Berasrama Penuh Paper 1 & 2

Read Full Post »

Berikut adalah penulisan-penulisan yang boleh dijadikan bahan rujukan kepada  para pendidik . Semoga kita semua mendapat manfaatnya.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020

Intipati Pelaksanaan SBPA

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Panduan Dan Peraturan PBS 2011

 Manual ULBS

Garis Panduan Pengendalian ULBS

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pembinaan Item Ujian

Kepimpinan Pengajaran Dan Perkongsian Wawasan

Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita

Kesan Pendekatan Penyebatian Kemahiran Berfikir Kreatif Dalam Pengajaran Karangan Deskriptif

Meningkatkan Keupayaan Menulis Karangan Salin dan Jalin

Teknik Round Robin Dan Round Table Dalam Proses Penulisan Karangan Bagi Mata Pelajaran Bahasa Cina Tahun Empat

Literasi ICT Dalam PdP

Read Full Post »

English Workshop – Form 5 ( 5 – 7 Julai 2011)

Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Cina   SPM (12 Julai 2011) & PMR (13 Julai 2011)

Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (14 Julai 2011)

Bengkel Teknik Menjawab BM / SPM (25 – 27 Julai 2011)

 

 

Bahan Pengajaran & Pembelajaran

Berikut adalah bahan pengajaran dan pembelajaran sumbangan Cikgu Mohd Zairi Md Zain, Ketua Panitia Bahasa Melayu STAR 2011.  Terima kasih kepada beliau. Semoga bahan ini memberikan manfaat kepada kita.

Rumusan

Aspek Yang Dinilai Dalam Karangan B

Contoh Karangan Bhg A

SPM Kertas Dua-Rumusan

SPM Kertas Satu- Aspek penilaian Bhg A

Azfa Hanani-nota

Latar Masyarakat Novel Kembara Amira

MELLISA-Cerpen TKN4

Nilai Murni dalam Kembara Amira

Novel Kembara Amira

Watak dan Perwatakan Novel Kembara Amira

Novel Azfa Hanani

Novel Azfa Hanani – Latar

Novel Kembara Amira

Kembara Amira – Latar Masa

Latar Masyarakat Novel Kembara Amira

Nota Ringkas Kembara Amira (Lengkap)

Sinopsis Novel Kembara Amira

Tema dan Persoalan Novel Kembara Amira

Penanda Wacana Dalam Penulisan

Penanda Wacana Karangan

Penanda wacana

   

 

Read Full Post »

Pengenalan

Proses Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu sistem pendidikan yang sangat berkesan bagi melihat pencapaian pelajar / murid.  Pengajaran adalah satu aktiviti bagi membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Objektif Pengajaran
Objektif pengajaran adalah perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai oleh guru dalam satu-satu proses pembelajaran .  Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan baik.  Setiap perubahan atau kemajuan pelajar itu perlu dinilai  dari semasa ke semasa.
Penilaian berterusan akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar / murid. Kemajuan atau perubahan pelajar perlu dinilai dari masa ke semasa.  Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran, pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengukuran
Pengukuran ialah satu proses / prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis.  Pengukuran juga merupakan proses yang menentukan takat, dimensi atau kuantiti / gred / skor dengan membandingkan perkara itu dengan sesuatu standard.  Tujuan pengukuran ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar termasuk pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar.
Penilaian
Penilaian adalah satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran.  Penilaian juga merupakan satu proses untuk menentukan, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.  Tujuan penilaian ialah untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran dan sikap.
Pengujian
Pengujian merupakan sebahagian penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Pengujian juga adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat tingkah laku seseorang individu.  Ujian hanya merupakan satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.
Dalam melaksanakan penilaian, guru perlu membuat ujian terlebih dahulu.  Terdapat beberapa criteria dalam pembinaan ujian.  Untuk menggubal sesuatu kertas ujian, ia perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan anataranya ialah ujian yang hendak ditadbir sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran.  Ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan-soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran.
Ujian ini dikatakan sebagai prosedur yang bersistematik kerana soalan-soalan yang dibina mengikut peraturan tertentu.  Prosedur mentadbir ujian ditentukan dan prosedur pemarkahan dinyatakan secara terperinci.  Ujian membantu murid membina sikap positif terhadap pengajaran guru.
Ujian yang digunakan untuk menentukan pencapaian murid dijalankan dengan cara ujian bertulis.  Jenis ujian bertulis boleh dibahagikan kepada dua sahaja iaitu ;
     i )  Ujian Objektif / Aneka pilihan
    ii )  Ujian Subjektif.
Ujian Objektif
Ujian objektif bermaksud item / soalan yang mempunyai jawapan yang tepat / tertentu / spesifik.  Ujian yang dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.  Soalan / item bagi ujian objektif boleh dibahagikan kepada empat iaitu :
   i)    Soalan aneka pilihan – jawapan secara tepat, soalan sukar dibina dan dijawab tetapi mudah untuk dipereksa.
  ii)    Item Betul / Salah     –  sesuai digunakan untuk menguji fakta yang mengkehendaki pelajar menentukan sama ada penyataan yang diberikan adalah betul atau salah.
  iii)    Item mengisi ruang kosong)   –  amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat.
  iv)   Item Padanan –  sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta konsep.

Langkah-langkah Pembinaan

Terdapat langkah-langkah yang telah disusun dengan teratur sebelum membina ujian agar penggubal / guru boleh melaksanakan ujian dengan baik. Langkah-langkah tersebut ialah :
     1.   Menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesifikasi Ujian
     2.   Menulis item / soalan ujian
     3.   Menyemak item / soalan ujian
     4.   Menilai item / soalan ujian
     5.   Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item / soalan.
Sebelum membina item / soalan, guru perlu menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesifikasi Ujian terlebih dahulu.  Ini adalah kerana Jadual Spesifikas Ujian dapat :
     1.   Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.
     2.   Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
     3.   Menjadi panduan kepada penggubal soalan.
     4.   Menstabilkan taraf da aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
     5.   Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
     6.   Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan yang lain.
 
Tujuan Ujian
Ujian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi murid mengenai pencapaian kemahiran yang telah mereka pelajari dalam satu-satu pelajaran.
Contoh & Format JSU
Nota: Semua guru bahasa diminta membuat pengubahsuaian borang ini mengikut subjek dan keperluan kelas masing-masing.

Read Full Post »

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.