Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Bahasa Inggeris’ Category

Bersandarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, melalui Gelombang 1 (2013 – 2015), Objektif utama ialah untuk mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama melalui menambah baik pengajaran di bilik darjah, meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah dan meningkatkan kecekapan guru Bahasa Inggeris.

Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara, setiap murid akan mempunyai 6 ciri utama yang diperlukan untuk berupaya bersaing dalam peringkat global, iaitu Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan kerohanian dan Indentiti Nasional. Bagi mencapai hasrat ini, antara sebelas anjakan utama untuk tranformasi sistem pendidikan ialah memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Ini menunjukkan bahawa aspek yang paling penting disini ialah aspek kemenjadian murid. Dalam konteks ini, kecemerlangan dan pencapaian murid masih relevan dan penting. Untuk itu, peperiksaan awam adalah pengukurnya. Pencapaian dan kecemerlangan murid dalam peperiksaan akan menentukan sejauh mana visi dan misi sekolah serta wawasan dan harapan ibu bapa terhadap anak-anak mereka dapat direalisasikan melalui pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan awam.

Berlandaskan kepada faktor inilah, maka Jabatan Bahasa SMK Tunku Abdul Rahman akan meneruskan usaha untuk meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan pelajar dalam semua mata pelajaran bahasa di peringkat PMR dan SPM tahun ini. Untuk itu, Program ” Bimbingan Kecemerlangan Akadamik Jabatan Bahasa Tahun 2013”  akan dilaksanakan demi mencapai hasrat dan tujuan di atas.

2.0 MATLAMAT

 Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan intensif kepada semua pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan PMR dan SPM, khususnya dalam mata pelajaran bahasa. Disamping untuk berinteraksi secara profesional dalam mengenalpasti masalah dan menyelesaikan masalah melalui perancangan dan memfokuskan kepada peningkatan kualiti pencapaian mereka dalam peperiksaan awam.

3.0 OBJEKTIF

 Di akhir program ini, para pelajar akan dapat :

3.1 Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap teknik menjawab soalan  peperiksaan bagi

subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Cina.

3.2 Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap format soalan dan teknik pemarkahan dalam soalan peperiksaan bagi subjek-subjek tersebut.

3.3 Membantu mendapatkan konsep dan inovasi pengajaran yang terkini melalui perkongsian pengalaman dan meningkatkan kemahiran mengajar guru bagi subjek berkenaan.

3.4 Mewujudkan keprihatinan guru dalam membimbing pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam dimana guru mengenalpasti kelemahan pelajar.

4.0 TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Tarikh :  Bermula 1 Julai 2013 hingga 1 November 2013

Tempat : Dewan Putra, Dewan Perdana, Bilik Darjah

Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 ptg.

* Mengikut Fasa tertentu

RANGKUMAN PERISTIWA

1. BAHASAINGGERIS PMR – 2 JULAI 2013 (SELASA); 2.30 – 4.30 ptg, DEWAN PUTRA, STAR

DSCN3003

Bimbingan Bahasa Inggeris PMR disampaikan oleh En. Azrul Hisham Azarnudin dan SMK Jabi

DSCN2996

Turut membantu, En Mohd Fairuz b. Mohd Zain;Guru mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan 3

DSCN2986

Seramai 79 orang pelajar Tingkatan Tiga yang mengikuti program ini

DSCN2997

Pelajar yang tekun mengikuti program

2. BAHASA MELAYU SPM – 3 JULAI 2013 (RABU); 2.30 – 4.30 ptg, DEWAN PUTRA, STAR

DSCN3012

Ceramah BM SPM disampaikan oleh En. Zainurin dari SM Sains Pokok Sena

DSCN3008

Sebahagian daripada pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti ceramah tersebut

DSCN3009

Pelajar begitu tekun mengikuti program

DSCN3010

Suasana sekitar ceramah berlangsung

3. BAHASA CINA PMR – 4 JULAI 2013 (KHAMIS); 3.00 – 5.00 ptg, DEWAN PUTRA, STAR

DSCN3023

ceramah Teknik Menjawab Bahasa Cina PMR disampaikan oleh En. Ooi Khir Leong dari SMK Convent.

DSCN3028

Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti ceramah tersebut

DSCN3033

Pelajar tekun mendengar ceramah

 4. BAHASA ARAB PMR – 19 JULAI 2013 (JUMAAT); 8.30 – 10.30 pg, DEWAN PUTRA, STAR

2013-07-19 10.54.55

Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR telah disampaikan oleh Ustazah Yusra bt. Mohd Nasir, guru dari SMK Muazzam Shah

2013-07-19 09.03.51

Sebahagian daripada pelajar Tingkatan 3 Baiduri yang mengikuti ceramah tersebut

2013-07-19 09.41.22

Tingkatan 3 Baiduri adalah kelas Aliran Agama yang mengambil Bahasa Arab

2013-07-19 09.41.38

28 Orang pelajar yang hadir.

 

 5. BAHASA INGGERIS SPM  – 31 JULAI 2013 (RABU); 2.30 – 4.30 ptg, DEWAN PUTRA, STAR

DSCN3097

Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Inggeris SPM disampaikan oleh Pn Noraini bt. Salleh, guru dari SMK Sintok

DSCN3099

Beliua merupakan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris

DSCN3101

Kehadiran pelajar dalam ceramah ini memberangsangkan

DSCN3102

Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti ceramah tersebut

 

Read Full Post »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.